MAKANAN MENARIK DI NEGERI PERAK
Sedap-sedap makanan kat perak ni. Rugi tak datang. Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap
seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh,
Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini
memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan
seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini.
Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak
begitu kuning tetapi manis.
Kalau kat Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan
masyarakat Cina macam Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun.
Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau
kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih
seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan
kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.
kat Ipoh ni pun ada makanan masyarakat India yang terkenal
di seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih
dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang
Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera
Dato'Sagor.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus
Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan
masakan kampung di Ipoh.
Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol dia AWESOME ! Haa yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak.
Kalau berkunjung ke Taiping, JANGAN LUPA SINGGAH Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang memang PERGGHH tak terkata ~. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran
dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti
Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di
gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga
adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular
di sini ialah Gerai Mak Jah. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut
dan Parit Buntar.
Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol dia AWESOME ! Haa yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak.
Rendang
Tok merupakan makanan tradisi Perak. 'BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT ', macam pernah dengarkan ? haha..gitulahh..Makanan tradisi jangan diketepikan..Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong
dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang
atau ketupat, dan lebih-lebih lagi makanan ini sering dihidangkan semasa
menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Akhir kata, Negeri Perak sememangnya mempunyai makanan-makanan yang enak untuk dirasai.
Moh le ke Perak ! Anda pasti teruja !
No comments:
Post a Comment