IPOH

LOST WORLD OF TAMBUN





Lost World of Tambun terletak di kawasan bandar Ipoh. Ia merupakan salah satu Taman Tema yang terbesar di Malaysia dan dikelilingi banjaran batu kapur semula jadi yang berusia lebih 400 juta tahun. Taman tema ini telah dibina di kawasan bukit batu kapur dengan panaroma alam semulajadi yang menarik.

Berikut merupakan lokasi di dalam Taman Tema Air di Lost World of Tambun:




Bermandi-manda di Water Park yang luas dengan Tube Raiders, Cliff Racer,
 Jungle Wave Pool dan macam-macam lagi




Tambah keseronokkan bermain Dragon Flights di Amusement Park ala-ala
Mini Genting Highlands




Berpeluang memberi makanan kepada haiwan di Lost World Petting Zoo





Berjumpa 'si belang' yang garang di Lost World Tiger Valley and Tin Valley  




Lost World Hot Spring & Spa menjanjikan ketenangan dan
memeberi kesihatan yang semula jadi kepada tubuh


Lost World of Tambun ditutup pada setiap hari Selasa , kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

WAKTU BEROPERASI :

DIBUKA , ISNIN HINNGA JUMAAT                                   : 11:00am till 6:00pm
HUJUNG MINGGU, CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM     : 10:00am till 6:00pm


LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT
                                        



Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 3:00pm till 11:00pm




TAMAN REKREASI GUNUNG LANG 


Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. 
Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah.
 Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan 
melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada 1999 di bawah 
Rancangan Malaysia ke Tujuh (RMK-7) oleh Jabatan Landskap Negara.

Pembangunan ini merangkumi komponen laluan pejalan kaki, menara 
pandang jauh, jeti bot, tandas serta air terjun buatan tertinggi di Malaysia. 
Kawasan ini telah berjaya menampung kehendak penduduk kawasan bandaraya Ipoh 
serta menjadi tumpuan pelancong sebagai ‘stop over point’ laluan Lebuh raya Utara Selatan.


Cara ke sana


-Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsaryang menuju
 ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.

-Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan 
di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda
 Taman Rekreasi Gunung Lang.



Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah,

 RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas 
RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.




No comments: