Thursday 1 February 2018

Hari Terindah😘

Semoga urusan perkahwinan ekin dan pilihan ekin ini dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.

Rancangan Allah adalah yg terbaik, bermacam-macam liku ekin tempoh ,dugaan dgn org sekeliling, dan akhirnye Allah dah hantar pelindung ekin pada masa yang tepat.

Kann ekin cakap, PELANGI ITU BAKAL JADI MILIK EKIN JUGAK! Tapi selepas hujan + renyai + petir + ribut dann kilat  hehehehe.


Tq sebab ada dgn sy, di masa susah dan senang. Semoga kita kekal hingga ke akhir hayat😘 ku temu cinta hayat ku, En Kastam💑

Wednesday 25 February 2015

MOTIVASI DIRI UNTUK USAHAWAN YANG BARU MULA!








PERAK AWESOME ~




MAKANAN MENARIK DI  NEGERI PERAK

Sedap-sedap makanan kat perak ni. Rugi tak datang. Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.


Kalau kat Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina macam Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.


kat Ipoh ni pun ada makanan masyarakat India yang terkenal di seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung di Ipoh.



Kalau berkunjung ke Taiping, JANGAN LUPA SINGGAH Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang memang PERGGHH tak terkata ~. Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Jah. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.


Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol dia AWESOME ! Haa yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. 






Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. 'BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT ', macam pernah dengarkan ? haha..gitulahh..Makanan tradisi jangan diketepikan..Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang atau ketupat, dan lebih-lebih lagi makanan ini sering dihidangkan semasa menyambut  Hari Raya Aidilfitri.

Akhir kata, Negeri Perak sememangnya mempunyai makanan-makanan yang enak untuk dirasai.
Moh le ke Perak ! Anda pasti teruja !

Thursday 25 December 2014